Kelebihan Sistem Multitasking

Definisi Sistem Multitasking

Satu sistem pengoperasian komputer yang membenarkan pengguna melaksanakan/ menjalankan lebih daripada satu kerja/perisian pada satu-satu masa sekaligus. Contohnya beberapa perisian boleh dijalankan secara bertindih (tanpa mengakhiri perisian sebelumnya). Manakala menurut Dr. Zoraini Wati Abas dalam Kamus Dwibahasa Komputer, multitasking ditakrifkan sebagai multipertugasan yang bermaksud satu mod pelaksanaan dimana dua atau lebih aturcara diproses serentak tetapi yang sebenarnya, setiap aturcara diberi satu hirisan masa untuk pelaksanaan.

Kelebihan

1.0 Menjimatkan Masa Kerja.

Masa processing dapat dikurangkan kerana pengguna tidak perlu menunggu perisian pertama diakhiri sebelum memulakan/ membuka perisian kedua. Multitasking membenarkan pengguna melompat dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain, sedangkan aplikasi yang pertama tadi masih lagi beroperasi di belakang (background). Contohnya sesuatu dokumen boleh dicetak semasa pengguna sedang membuat editing pada dokumen yang lain. Malah pengguna boleh kembali semula ke aplikasi yang pertama tadi tanpa mengakhiri aplikasi yang kedua.

2.0 Menggabungkan Kepakaran Pelbagai Perisian (Publishing).

Dengan multitasking pengguna boleh mencipta dokumen/tugasan yang lebih baik daripada tanpa multitasking kerana ia membenarkan penggabungan kreativiti lebih daripada satu perisian. Multitasking membenarkan teknik "cut and paste" dalam penghasilan kerja.

3.0 Memudahkan Urusan Kerja.

Keupayaan membuka/menjalankan lebih daripada satu dokumen/perisian dalam satu masa membolehkan pengguna merujuk kepada lebih daripada satu dokumen/fail pada satu-satu masa. Pengguna boleh memindahkan atau menyalin teks/data/grafik dari sesuatu aplikasi ke aplikasi yang lain dengan menggunakan kemudahan "cut and paste" tanpa perlu menaip semula teks/data tersebut atau melukis semula grafik yang dikehendaki.

4.0 Menjimatkan Ruang Simpanan

Template yang dibuat (untuk digabungkan ke perisian utama) tidak perlu disimpan selepas selesai digunakan. Jadi, tiada pengulangan kerja ("duplicated work") yang dilakukan. Jika tiada multitasking, template perlu disimpan terlebih dahulu dan ini merugikan ruang simpanan.