Kelebihan Graphical User Interface (GUI) Kepada Pengguna Library Graphic.

Definisi Graphical User Interfaces (GUIs)

Sistem Operasi Visual yang dipanggil Graphical User Interfaces atau GUIs merupakan program antaramuka yang menggunakan elemen grafik seperti ikon untuk mewakili arahan-arahan, fail-fail dan juga program tertentu. Ianya menggunakan antaramuka grafik yang menarik yang menggantikan penggunaan antaramuka berbentuk teks (Command Line Interface - CLI). Ianya membolehkan pengguna mengawal segala aspek perkakasan dan perisian komputer dengan hanya menggerakkan dan memanipulasi objek atau ikon grafik berkaitan yang dipaparkan pada skrin. Contoh sistem operasi GUI ialah Windows NT. GUI yang paling digemari ialah Microsoft Windows.

 

Kelebihan

1.0 Menarik Minat Pengguna.

Dengan menggunakan ikon grafik yang berbagai-bagai dapat mengurangkan kebosanan pengguna semasa menggunakan perisian. Pengguna boleh menyesuaikan dengan keperluan dan aras kemahiran mereka. Malah pengguna boleh mengubah warna, fungsi, struktur dan bentuk paparan yang mereka pilih sendiri.

 

2.0 Memudahkan Pengguna.

Pengguna lebih mudah memahami apa yang dipaparkan tanpa perlu banyak membaca (jika tiada grafik). Perisian grafik lebih mudah digunakan jika dibandingkan dengan penggunaan teks. Ini sudah tentu akan meningkatkan produktiviti seseorang pengguna.

3.0 Memahirkan Penguna Dengan Cepat.

Cara memanipulasi objek pada skrin adalah sama dalam setiap aplikasi yang berlainan. Ini memudahkan pengguna mahir dalam pelbagai aplikasi dalam masa yang singkat. Berbeza dengan Command Line Interface (CLI), GUIs membolehkan pengguna bukan teknikal mahir menggunakan aplikasi komputer dengan cepat.

4.0 Masa Latihan Penggunaan Yang Singkat

Oleh kerana penggunaan GUIs telah memudahkan penggunaan aplikasi maka ianya telah mengurangkan masa latihan yang diperlukan untuk melatih seorang pengguna menggunakan sesuatu aplikasi yang baru.

5.0 Resolusi Gambar Yang Tinggi.

Ia membolehkan lokasi dot pada skrin dengan tepat untuk menghasilkan paparan gambar atau aksara sehingga 256 warna sekaligus.

6.0 Mempelbagaikan Cara Untuk Membolehkan Pengguna Menggunakan Aplikasi.

Kemudahan antaramuka yang mudah ini membolehkan pengguna membuat capaian kepada fungsi aplikasi dengan pelbagai cara. Ini meningkatkan lagi kawalan dari pengguna tersebut mengikut pilihannya tanpa batasan.