PENJAGAAN CAKERA LIUT

  1. Jangan usik permukaan cakera liut yang senang tercemar
  2. Jangan gunakan alkohol atau cecair lain untuk membersihkan cakera liut
  3. Jangan letakkan cakera liut berdekatan dengan medan magnet
  4. Jangan lipat atau bengkokkan cakera liut
  5. Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera liut.
  6. Jangan gunakan pemadam getah di atas cakera liut
  7. Simpan cakera di dalam sampulnya semasa tidak digunakan,
  8. Jaga supaya cakera liut tidak terjatuh lebih-lebih lagi di tempat yang kotor.
  9. Jangan dedahkan cakera liut kepada cahaya matahari
  10. Jangan lekat label di atas label yang sedia ada.
  11. Pastikan anda buat salinan bagi setiap cakera liut.
  12. Jangan guna klip kertas atau gelang getah pada cakera,
  13. Gunaka pen felt marker dan bukan pensel atau pen mata bola.
  14. Masukkan cakera liut perlahan-lahan serta lurus-lurus ke pemacu cakera, jangan paksa.

Bagi cakera 3.5 inci, peraturan 12-14 tidak perlu diteliti