Bincangkan kelebihan rangkaian kawasan setempat kepada penguna-pengguna komputer peribadi dari segi :

Pengenalan

Rangkaian kawasan setempat merupakan sistem di mana banyak komputer dihubungkan secara fizikal ke satu lokasi dalam kawasan geografi terhad. Rangkaian setempat merangkaikan beberapa komputer dan peranti periferal bersama-sama secara setempat bagi tujuan berkomunikasi, berkongsi maklumat dan peranti.

Matlamat utama penggunaan LAN adalah untuk berkongsi sumber di antara nod yang disambungkan ke LAN dalam rangkaian. Sumber-sumber yang boleh dikongsi ialah :

Perkongsian Perisian Aplikasi

Perisian aplikasi yang berasaskan rangkaian membolehkan perisian tersebut dipasang pada server untuk dikongsi. Komputer-komputer lain yang bersambung pada rangkaian tersebut boleh membuat capaian kepada perisian yang berada di dalam server. Ini membolehkan beberapa pengguna berkongsi perisian aplikasi yang sama. Walaupun komputer yang membuat capaian tidak mempunyai perisian aplikasi tersebut, namun dengan kemudahan rangkaian setempat, ianya membolehkan perisian dikongsi. Ini menjimatkan ruangan storan pada komputer peribadi dan juga menjimatkan masa pemasangan perisian pada setiap buah komputer.

Perkongsian data

Sebelum rangkaian setempat diperkenalkan kepada umum, kebanyakkan organisasi menghadapi kesukaran untuk menguruskan maklumat-maklumat yang tidak terpusat, di mana maklumat-maklumat berada pada komputer masing-masing dan tidak dapat dikongsi dengan kakitangan yang lain, kecuali jika dipindahkan secara manual dengan menyalinnya ke dalam disket dan diberikan kepada kakitangan berkenaan. Kini dengan rangkaian setempat data boleh dikongsi, dicapai dan diurus dengan lebih mudah.

Perkongsian sumber sistem

Sumber sistem serta peralatan sistem selalunya mahal dan adalah lebih baik jika ramai pengguna boleh mencapai dan menggunakan sumber tersebut. Rangkaian Setempat menyediakan cara yang senang dan efektif untuk mencapai sumber-sumber tersebut. Antara sumber-sumber yang boleh dikongsi ialah :

  1. peranti output seperti pencetak, pemplot dan sebagainya.
  2. perkakasan telekomnunikasi seperti modem dan faksimili.
  3. peranti storan sekunder seperti cakera optik dan CD-ROM
  4. komputer khas seperti pemproses vektor dan sebagainya.

Kos pembelian peralatan tambahan dapat dikurangkan dengan banyak terutamanya perkakas yang mahal seperti pencetak laser dan pemplot.

Keselamatan data

Walaupun pengguna bebas menghantar maklumat, berkongsi perisian, sumber data dan juga sumber peranti, rangkaian setempat tidak mengabaikan dari segi keselamatan data yang boleh dicapai. Pengguna yang hendak membuat capaian kepada data tertentu hanya boleh membuat capaian tersebut sekiranya beliau diberi kebenaran/laluan oleh pemilik data tersebut. Tanpa kebenaran dan kata laluan yang dibenarkan sudah tentu capaian kepada data tidak dapat dilakukan. Pengguna tidak boleh sewenang-wenangya menggunakan atau menceroboh masuk ke sumber data tersebut. Malah rangkaian setempat membenarkan kita memberi tempoh tertentu terhadap sesuatu login dan kata laluan . Sekiranya login dan kata laluan tersebut melebihi dari tempoh yang ditetapkan, maka capaian kepada sistem tidak boleh dilakukan.

Rangkaian setempat juga dapat mengurangkan kehilangan data yang berharga kerana data tersebut serta dokumen-dokumen penting boleh disalin ke beberapa lokasi lain. Sekiranya lokasi asal data/dokumen berharga tersebut rosak/tidak berfungsi, salinan masih boleh diperolehi dari tempat simpanan di lokasi lain.

Rangkaian setempat juga dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya serangan virus komputer dan merosakkan data dengan menggunakan "diskless workstation".

Rangkaian setempat juga mempunyai ciri-ciri "Reliability" kerana perisian untuk rangkaian mempunyai kemudahan untuk mengesan, mengelak dan membetulkan kesilapan transmisi (detect,protect against and correct transmission error). Malah rangkaian setempat juga boleh mempunyai duplicate servers (server kedua ) sekiranya server pertama tidak berfungsi. Server backup ini membenarkan pengguna meneruskan kerja walaupun server pertama gagal berfungsi.